Wednesday 9 December 2015

First Projek (Cyberbully)

Mohamed Hafiz Bin Mohamed Tarje'ai
(PEC150016)


16/12/2015 

Hari pertama bersama ahli kumpulan berbincang mengenai Tugasan 3 iaitu satu projek dimana kami perlu menghasilkan satu produk untuk kumpulan kami. Sebelum membincangkan apa yang perlu dibuat perbincangan untuk membahagikan ahli kumpulan perlu dilakukan terlebih dahulu. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang iaitu saya Afiz, Siti Habibah, Nur Zulhafizah dan Aidil Nor Adha. Terdapat beberapa jawatan yang perlu diambil untuk menjalankan tugas masing-masing. Hasil daripada perbincangan ahli kumpulan berikut merupakan jawatan yang diberikan kepada saya dan ahli kumpulan.

                                
 1) Siti Habibah  : Ketua Projek

 2) Nur Zulhafizah : Pakar Subjek

3) Aidil Nor Adha : Pakar Intruktur

4) Mohamed Hafiz (Afiz) : Pakar Multimedia

Selepas pembahagian kerja dan tugasan diberikan dan faham skop kerja masing-masing kami satu kumpulan fokus kepada gerak kerja projek. Sebelum itu, kami satu kumpulan telah berbincang tajuk untuk produk yang akan dihasilkan. Kami memilih "CYBERBULLY" sebagai tajuk pilihan kerana kami rasa ramai yang tidak faham lagi dengan apa itu Cyberbully. Selepas memilih tajuk, kami teruskan dengan perbincagan untuk menhasilkan produk. Pertama sekali kami membuat pelan pelaksanaan untuk memastikan perjalanan gerak kerja kami berjalan dengan lancar. Pelbagai cara yang diambil untuk menghasilkan produk kami antaranya ialah menyenaraikan apa matlamat produk, analisis matlamat, objektif dan sasaran produk kami. Tugasan menjadi lebih mencabar kerana saya ditugaskan untuk mencipta logo produksi kumpulan kami.

Team produksi kami pula ialah Cekodok_Production. Tugas pertama saya adalah untuk mencipta logo team produksi projek kami. Sebagai pakar dalam bidang ini saya telah pun mencipta logo produksi produk kami seperti dibawah ini.

23/11/2015

Hari ini merupakan perjumpaan kedua kumpulan kami berbincang untuk perjalanan gerak kerja masing-masing. Hari ini kumpulan kami dikehendaki membentangkan matlamat utama projek kumpulan, sasaran produk kumpulan kami serta objektif-objektif. Minggu lepas kami telah menetapkan tajuk untuk produk kami dan telah membahagikan gerak kerja mengikut kemahiran masing-masing. Selepas itu, minggu ini kami perlu membentangkan matlamat, sasaran beserta objektif produk kami. Kami diberi masa selama 30 minit untuk berbincang didalam kumpulan berkaitan kerja yang diberikan dan selesai sahaja berbincang kami dikehendaki membentangkan kerja tersebut di hadapan kelas mengikut kumpulan masing-masing. Sasaran utama kumpulan kami untuk pelaksanaan projek ini adalah kepada pelajar sekolah menengah atas. Tujuannya untuk menerangkan dengan lebih mendalam apa itu jenayah cyberbully. Sasaran sekolah adalah di sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur. Matlamat utama kumpulan kami adalah untuk menerangkan kepada pengguna terutama pelajar sekolah menengah bahawa berhati-hati dengan berlakunya cyberbully atau bahayanya cyberbully kepada diri sendiri. Antara objektif kumpulan kami adalah ingin menerangkan kepada pelajar apa itu jenayah cyberbully yang sebenar. Selain itu, kami ingin menerangkan kesan serta punca berlakunya jenayah ini. Melalui objektif tersebut kami juga menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil jika pelajar sekolah menjadi mangsa kepada jenayah ini. Kumpulan kami juga bercadang untuk membuka booth dengan mengedarkan flyer-flyer kepada pelajar serta borang maklum balas berkaitan dengan jenayah cyberbully ini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa mereka faham akan jenayah cyberbully ini serta faham dan tahu untuk mengatasinya.

30/11/2015

Hari ini merupakan perjumpaan kali ketiga kumpulan kami. Minggu ini seperti biasa kami meneruskan lagi gerak kerja untuk pelaksaan produk kami yang telah di bentangkan pada minggu lepas. Minggu ini pula kami perlu membentangkan story board dan juga intruksi produk kami kepada semua. Perasaan kami pada hari itu seperti pegawai professional yang sudah bekerjaya kerana perlu membentangkan gerak kerja produk kami tiap-tiap minggu. Setiap kumpulan seperti biasa diberikan masa selama 30 minit untuk berbincang didalam kumpulan sebelum membentangkan pelan produk yang telah dicadangkan dari minggu pertama lagi. Selesai sahaja berbincang kumpulan kami pun membentangkan story board produk yang akan dibangunkan. Berdasarkan story board kami masa yang diperuntukan untuk pelaksaan produk kami adalah selama 5 minit sahaja. Kami mencadangkan untuk menggunakan software adobe after affect, pown toon, movie maker dan juga power point. Tujuannya adalah untuk memudahkan pergerakan kerja serta menjimatkan masa. Selain itu, menunjukkan juga bahawa dengan menggunakan software tersebut mampu membuatkan kami menjadi lebih kreatif dalam pelaksanaan produk tersebut. Selasai perbentangkan di hadapan selama 5 minit dan kami juga mendapat penambahbaikan serta cadangan dari pensyarah untuk memastikan produk kumpulan kami menjadi lebih baik. Minggu ini juga merupakan antara minggu penghujung untuk kami berjumpa bersama pensyara kerana pada minggu ke 14 akan diadakan ujian penilaian akhir untuk kursus PPEC1136 pada semester ini. Oleh itu, kami perlu melalukan gerak kerja untuk pelaksanaan produk kami dengan cepat bagi memastikan tidak tertangguh serta sempat untuk ditunjukkan kepada pensyarah sebagai pra penilaian sebelum terbentuknya produk kami.

7/12/2015

Hari ini merupakan minggu terakhir sebelum kami satu kumpulan melakukan ujian penilaian akhir bagi semester ini. Oleh itu, pelan pelaksanaan kumpulaan kami perlu ditunjukkan pada pensyarah pada minggu ini sebagai penilaian awal sebelum terhasilnya produk kami. Sepanjang minggu lepas kami telah mengadakan perjumpaan pada luar waktu kelas. Perjumpaan kami adalah untuk memastikan gerak kerja kumpulan kami terlaksana dengan jayanya. Setiap ahli kumpulan fokus melakukan kerja mereka pada perjumpaan tersebut. Dengan berbekalkan kamera dan juga story board yang telah ditambahbaikan kami meneruskan gerak kerja mengikut pelan yang telah dirancang dan akhirnya kami dapat menyiapkan video yang bedurasi selama 5 minit. Pada minggu ini kami terus menunjukkan video tersebut kepada pensyarah kami untuk penilaian awal. Hasil penilaian tersebut kami diberi penambahbaikan pada video tersebut untuk memastikan produk tersebut lebih terbaik. Selain video, kami juga menunjukkan juga flyers, borang soal selidik. borang maklum balas serta story board kumpulan kami untuk dinilaikan oleh pensyarah kami. Hanya 30% daripada hasil produk kami perlu diperbaiki untuk memastikan ianya menjadi lebih sempurna. Selesai dinilai oleh pensyarah kami meneruskan perbincang untuk penambahbaikan produk tersebut. Ini adalah kerana, kami takut tidak sempat untuk berbincang dan berjumpa kerana minggu hadapan kami akan menempuh ujian penilaian akhir semester.